Tuesday, November 3, 2009

nusantara

Salam kepada semua rakan rakan di sini, ini merupakan sebuah topik yg jarang dibincangkan di dalam Sejarah negara Malaysia secara amnya di atas alasan "kekurangan artifakt dan bahan arkeologi serta penulisan".

Kerajaan2 Nusantara lama di dalam pengetahuan hamba wujudnya sejak Abad ke-2 lagi, jadi seharusnya kita berbangga akan sejarah kita yg sudah lama wujudnya dan sezaman dengan kerajaan2 lama benua Mediterannea dan Timur Tengah (seperti contoh, Yunani, Rom, Mesir, Parsi, Sumeria dan sbgnya). Kita terlebih dahulu mempunyai tamadun kita sendiri, jauh lebih awal berbanding penjajah2 yg pernah menjajah kita suatu ketika dulu (British dan Belanda), di mana mereka pada zaman itu masih hidup secara gasar dan tidak mempunyai tamadun sehinggalah mereka dijajah dan diajar oleh Rom pada Abad ke-3!

Kerajaan2 Melayu dan Nusantara lama:

1. Kedah Tua (Abad ke-2) -berpusat di selatan Kedah-

2. Singhasari/Srivijaya (Abad ke-5?? sehingga ???) -berpusat di palembang, dipercayai kerajaan terbesar di benua Nusantara, kerajaan ke-dua terbesar adalah kerajaan Khmer (kambuja lama) dimusnahkan oleh Raja Chola dan kemudiannya diserap ke dalam kerajaan Sailendra/Majapahit-

3. Langkasuka (Abad ke-????) -berpusat di selatan Siam-

4. Sailendra/Majapahit (1000-1200 Masihi) -berpusat di Jawa-

5. Gangga Negara (Abad ke-3????) -berpusat di Perak-

6. Po-Ni/Berune (Abad ke-9???) -berpusat di Brunei dan Borneo, menurut sejarah Brunei, pada Abad ke-9 kerajaan mereka telah mencapai ke selatan Filipina-

7. Champa (Kambuja lama) (Abad ke-????) -berpusat di Kemboja, kerajaan ini kemudiannya diserap ke dalam kerajaan Khmer pada tahun 1100masihi- NOTA: keturunan Melayu kemboja digelar juga sebagai Champa, atau Kam di kemboja.

Sesiapa lagi yg tahu serba sedikit mengenai sejarah pra-islam nusantara, boleh lah berkongsi pendapat di sini.




--------------------------------------------------------------
Kembalikan kuasa diraja Melayu, sistem pemerintahan mutlak. Titisan darah penebus maruah.





POSTED BY: Nakhoda_Hitam on 08/07/2009 10:59:27


Kerajaan KUtai.. serius memang lama..


Lambang Kesultanan Kutai Kartanegara
Lambang Sultan Kutai Kartanegara



Simbol Kesultanan Kutai Kartanegara


Lembuswana




Wilayah Kesultanan Kutai Kartanegara
Kalimantan / Borneo

Pada masa kejayaannya hingga tahun 1959, Kesultanan Kutai Kartanegara ing Martadipura memiliki wilayah kekuasaan yang sangat luas. Wilayah kekuasaannya meliputi beberapa wilayah otonom yang ada di propinsi Kalimantan Timur saat ini, yakni:
1. Kabupaten Kutai Kartanegara
2. Kabupaten Kutai Barat
3. Kabupaten Kutai Timur
4. Kota Balikpapan
5. Kota Bontang
6. Kota Samarinda

Dengan demikian, luas dari wilayah Kesultanan Kutai Kartanegara hingga tahun 1959 adalah seluas 94.700 km2.

Peta wilayah Kesultanan Kutai Kartanegara hingga tahun 1959.
Peta wilayah Kesultanan Kutai Kartanegara

Pada tahun 1959, wilayah Kesultanan Kutai Kartanegara atau Daerah Istimewa Kutai dibagi menjadi 3 wilayah Pemerintah Daerah Tingkat II, yakni Kabupaten Kutai, Kotamadya Balikpapan dan Kotamadya Samarinda. Dan sejak itu berakhirlah pemerintahan Kesultanan Kutai Kartanegara setelah disahkannya Pemerintah Daerah Tingkat II Kabupaten Kutai melalui UU No.27 Tahun 1959 tentang Pencabutan Status Daerah Istimewa Kutai.






--------------------------------------------------------------
Nakhoda Hitam
Back To Top





POSTED BY: NusantaraRaya on 08/07/2009 12:23:10


Menarik! Hamba sendiri pun tidak pernah mendengar nama kerajaan kutai?? Kalau dari pulau Borneo yang hamba biasa mendengar cuma kerajaan Berune dan kerajaan Sulu je.. Rasanya hamba biasa melihat map borneo yg abad ke-9, abad ke-15,16,17,18 saje, tak pernah terperasan wujudnya nama kerajaan Kutai (mungkin terlepas pandang dulu, maaf)..

Tahun berapa ianya diwujudkan wahai saudara??




--------------------------------------------------------------
Kembalikan kuasa diraja Melayu, sistem pemerintahan mutlak. Titisan darah penebus maruah.
Back To Top





POSTED BY: Opu_Malaya on 08/29/2009 22:45:26


Srivijaya
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Srivijaya
← Flag
Abad ke-7 – Abad ke-13
Kedudukan Srivijaya
Pengembangan terluas Empayar Srivijaya sekitar abad ke-8. Ibu negara Palembang, Jambi, Chaiya Bahasa Melayu Kuno, Sanskrit Agama Buddhism, Hinduism Jenis kerajaan Monarki Maharaja - Sekitar 683 Jayanasa - Sekitar 775 Dharmasetu - Sekitar 792 Samaratunga - Sekitar 835 Balaputra - Sekitar 988 Sri Culamanivarmadeva Sejarah
- Ekspedisi dan perkembangan Dapunta Hyang, (Batu Bersurat Kedukan Bukit) Abad ke-7 - Penaklukan Singhasari pada 1288, Majapahit meletakkan suatu penamatan pada pemberontakan Srivijaya pada 1377 Abad ke-13 Mata wang Duit syiling emas dan perak asli Sejarah Malaysia Sebahagian daripada siri Sejarah Malaysia Prasejarah Malaysia (40,000-2,000 SM) Gangga Negara (abad ke-2-11) Langkasuka (abad ke-2-14) Pan Pan (abad ke-3-5) Srivijaya (abad ke-3 -1400) Kedah Tua (1136 -???) Majapahit (1293-1500) Kesultanan Melaka (1402-1511) Kesultanan Johor (1528-kini) Perang Saudara Jementah (1879) Persekutuan Pattani Besar (1603-1785) Raja Putih (1841-1946) Malaya British (1874-1946) Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Perjanjian Burney (1826) Penempatan Selat (1826-1946) Perang Kelang (1867-1874) Perjanjian Pangkor 1874 Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19 -1946) Perjanjian Inggeris-Siam 1909 Pertempuran Pulau Pinang (1914) Borneo Utara (1882-1963) Penentangan Mat Salleh (1896-1900) Perang Dunia II (1941-1945) Perang Tanah Melayu (1941-1942) Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942) Perang Singapura (1942) Syburi (1942-1945) Kawat Kematian Sandakan (1945) Malayan Union (1946-1948) Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963) Darurat Tanah Melayu (1948-1960) Peristiwa Bukit Kepong (1950) Rundingan Baling (1955) Hari Kemerdekaan (1957) Persekutuan Malaysia (1963-kini) Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966) Pemberontakan Brunei (1962-1966) Rusuhan Kaum 1964 (1964) Penyingkiran Singapura (1965) Peristiwa 13 Mei (1969) Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) Operasi Lalang (1987) Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88) Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)
[sunting]

Kerajaan Melayu silam Srivijaya berpusat di daerah yang sekarang dikenali sebagai Palembang di Sumatra. Pengaruhnya amat besar di atas Indonesia, Semenanjung Malaysia dan Filipina.

Kerajaan Srivijaya banyak dipengaruhi budaya India, pertama oleh budaya agama Hindu dan kemudiannya diikuti pula oleh agama Buddha. Agama Buddha diperkenalkan di Srivijaya pada tahun 425 Masihi. Srivijaya merupakan pusat terpenting agama Buddha Mahayana. Raja-raja Srivijaya menguasai kepulauan Melayu menerusi perdagangan dan penaklukan dari kurun ke-7 hingga ke-9.

Ikatan perkawinan merupakan cara melakukan ekspansi dengan damai. Diantaranya, Dapunta Hyang, yang berkuasa sejak 664, melakukan pernikahan dengan putri kedua raja Linggawarman dari Kerajaan Tarumanagara yang bernama Sobakancana, yang menurunkan raja Srivijaya berikutnya: Dharma Setu. Jadi raja Srivijaya, Dharma Setu memiliki darah Sunda dan Palembang.

Putri Dharma Setu, Dewi Tara kemudian dinikahkan dengan Samaratungga, raja Kerajaan Mataram Kuno dari Dinasti Syailendra, yang membangun candi / kuil Borobudur.

Bala Putra Dewa, anak dari Samaratungga dan Dewi Tara menjadi raja Srivijaya ditahun 833-856. Dengan kata lain raja Sriwijaya memiliki darah Jawa dan Palembang sejak saat itu.

Kerajaan Srivijaya juga membantu menyebarkan kebudayaan Melayu ke seluruh Sumatra, Semenanjung Melayu, dan Borneo Barat.

Kuasa Srivijaya merosot pada kurun ke-11. Pada tahun 1017, 1025, dan 1068, Sriwijaya telah diserbu raja Chola dari kerajaan Colamandala, India yang mengakibatkan hancurnya jalur perdagangan. Pada serangan kedua tahun 1025, raja Sri Sanggramawidjaja Tungadewa ditawan. Pada 1088, kerajaan Melayu Jambi, yang dahulunya berada di bawah naungan Srivijaya menjadikan Srivijaya taklukannya. Kekuatan kerajaan Melayu Jambi beransur hingga 2 abad. Sebenarnya sejak serangan Kerajaan Colamandala dari India, Kerajaan Srivijaya sudah musnah.

Kemudian wilayah Kerajaan Srivijaya mula ditakluki berbagai kerajaan Jawa, pertama oleh kerajaan Singhasari, 1288 dan akhirinya oleh kerajaan Majapahit, 1293.

Pada masa yang sama, agama Islam memasuki Sumatra menerusi Aceh yang telah disebarkan menerusi perhubungan dengan pedagang Arab dan India. Pada tahun 1414, putera terakhir Srivijaya, Parameswara, memeluki agama Islam dan berhijrah ke Tanah Melayu di mana dia telah mengasas Kesultanan Melaka.

(Artikel merupakan draf dan akan diperbaiki lagi)

Agama Buddha aliran Buddha Hinayana dan Buddha Mahayana disebarkan di pelusuk kepulauan Melayu dan Palembang menjadi pusat pembelajaran agama Buddha. Pada masa itu juga, Srivijaya telah hilang kuasa monopoli ke atas laluan perdagangan Cina-India. Dengan itu, kemewahan Srivijaya menurun. Kerajaan Singhasari yang berada di bawah naungan Srivijaya berpecah daripadanya.

Malangnya, sejarah Asia Tenggara tidak didokumentasikan dengan baik. Sumber sejarahnya berdasarkan laporan dari orang luar, inskripsi dan perjumpaan arkeologi, artefak seperti patung dan lukisan, dan hikayat.
Pagoda stail Srivijaya di Chaiya, Thailand

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijaya"
Kategori: Rencana bekas negara yang memerlukan penyelenggaraan | Penubuhan pada Abad ke-7 | Berakhir pada Abad ke-13 | Sejarah Indonesia




--------------------------------------------------------------
opu_malaya
Back To Top





POSTED BY: Opu_Malaya on 08/29/2009 22:47:09


Pasai, Indonesia
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pasai)
Lompat ke: pandu arah, gelintar

Peta Pasai (terletak di Lhokseumawe sekarang di provinsi Aceh, Sumatera.

Pasai, juga dikenali sebagai Samudera, Samudera-Pasai atau kekadangnya Samudera Darussalam, adalah kerajaan Islam yang pertama di nusantara yang terletak di pantai Aceh Utara (secara lebih tepat di provinsi Nanggroe Aceh Darussalam sekarang), Sumatera, antara abad ke-13 hingga abad ke-15. Raja pertamanya bernama Merah Silu atau yang bergelar Malikussaleh.

Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu Samundra atau Samandara, yang membawa pengertian "lautan". Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, Merah Silu dikatakan ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan makannnya lalu menamai tempat itu sebagai "Samandara". Merah Silu yang menjadi raja pada tahun 1267 kemudian memeluk agama Islam dan menukarkan namanya menjadi Malik ul Salih.

Menurut Hikayat Raja-raja Pasai,baginda telah diIslamkan oleh Sheikh Ismail dan fakir Muhammad, seorang raja yang berkuasa di benua Hindi yang turun takhta untuk turut serta dalam pengislaman Merah Silu.Selepas Pasai diasaskan,Sultan Malikussalih telah melantik putera baginda,Malikul Zahir menjadi raja di negeri Pasai sementara baginda bertakhta di Samudera.

Didalam Hikayat ini juga,baginda mempunyai dua orang cucu iaitu Malikul Mahmud dan Malikul Mansur.Selepas kemangkatan Malikul Zahir,Sultan Malikussalih melantik Malikul Mahmud sebagai pemerintah Pasai sementara adindanya,Malikul Mansur dijaga oleh Malikussalih sendiri.beberapa tahun kemudian,Malikul Mansur telah dilantik oleh nendanya sebagai pemerintah baru kerajaan Samudera.Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa Malikul Mansur telah diturunkan takhta oleh kekandanya,Malikul Mahmud serta dibuang negeri kerana kesalahan baginda mengambil perempuan di Istana Pasai.Selepas itu,Malikul Mahmud telah memasukkan Samudera kedalam kerajaannya.

Pasai telah menjadi Pusat Perdagangan yang masyhur sekitar abad ke-13 hingga abad ke-14.Pedagang-pedagang dari Tanah Arab,China,India dan Eropah telah singgah ke negeri ini untuk berdagang.Selain itu,Pasai juga menjadi pusat penyebaran agama Islam dan tempat rujukan dalam menyelesaikan masalah-masalah berkaitan Islam.Ini dapat dilihat ketika Kegemilangan Empayar Melayu Melaka,sultan meminta pendapat kepada ulama-ulama Pasai sekiranya ada masalah agama.Selain itu,Ulama-ulama Pasai juga menterjemahkan kitab-kitab agama dari bahasa Arab ke bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment